Utama > Aktiviti Surau As-Sobirin, Kuliah, Kuliah Maghrib > Kuliah Maghrib – Safinatun Najah Siri 2

Kuliah Maghrib – Safinatun Najah Siri 2

Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Hisham Zakaria
Tempat: Surau Nur As-Sobirin, BTP
Tarikh: 1 Mac 2020
Tajuk: Safinatun Najah

Mukadimah

  • Lazaf Alhamdulillah – Syukur kerana dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh Allah

Intipati Kuliah

  • Bab Air
  • Kata pengarang kitab Safinatun NajahImage result for Safinatun Najah
    • Air asas 2 jenis
      • Air yang sedikit dan air yang banyak
        1. Air yg sedikit
          • kurang 2 kolah
          • Hadith nabi – Air ini lebih dari kolah tidak menanggung kotoran itu
          • Hadith nabi – Air dalam telaga budda’h. Sahabat tanya berkenaan status air kerana orang buang kotoran didalam. Nabi benarkan untuk bersuci kerana sifat air tidak berubah.
        2. Air yg banyak
          • size sekurang-kurangnya boleh muat air bersamaan 270 liter
          • lebih kurang 60cm X 60cm (kalau dalam bentuk takungan/kolah) atau lebih
          • Jika berubah sifat, bau dan warna – dikira najis
    • Pengkelasan air
      1. Air Mutlak
        • air yang tiada sandaran yang mendatang
        • belum dikenakan najis
        • air sungai, hujan, laut
        • hukum suci dan menyucikan
      2. Air mustakmal
        • berubah dari mutlak ke mustakmal
        • dah digunakan dan digunakan untuk bersuci (asal mutlak) dan digunakan atas anggota yang wajib – maka berubah lah jadi air mustakmal
        • hukum suci tetapi tidak menyucikan
      3. Air Musyammas
        • Air yang terjemur bawah matahari + dalam takungan perak/emas/besi + dalam keadaan terbuka
        • Boleh memudaratkan terutama pada yang berpenyakit kulit
        • Pada negara beriklim panas, makruh digunakan untuk bersuci atau pada yang mempunyai masalah pada kulit
      4. Air Mutaghayyir/Muqayyat
        • Air mutlak yang berubah oleh kerana bercampur dengan yang suci – teh, milo, kopi, etc.
        • Suci tetapi tidak menyucikan
      5. Air Mutannajis (akan disambung seterusnya)

berhadas besar – 6 punca dikira hadas besar dan perlu mandi wajib

  1. jimak
  2. haid
  3. nifas
  4. keluar mani
  5. meninggal
  6. wiladah

berhadas kecik – 4 punca hadas kecil dan memandai dengan mengambil wuduk

  1. Apa sahaja yang keluar dari 2 lubang (dubur dan kemaluan)
  2. Hilang akal (mabuk, tidur, pengsan, etc. yang fungsi akal hilang),
  3. Bersentuhan lelaki dan perempuan ajnabi (bukan mahram) yang dewasa (mumaiyyiz)
  4. Sentuh kemaluan anak adam dengan tapak tangan (pada tafsiran, hanya pada zakar atau bibir faraj dan kedalam)

Video

* Admin tidak bertanggungjawap andai ada masyarakat yang tersinggung dengan bicara didalam video ini. Sesungguhnya ia hanya sebahagian dari perkongsian ilmu dan pendapat peribadi.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen