Jadual Kuliah Ogos 2017

Advertisements

Penyertaan Ibadah Qurban 2017 / 1438H

Julai 30, 2017 Tinggalkan komen

Ibadah Qurban 2017 / 1438H
Surau Nur As-Sobirin

Image result for qurban

Majlis Quran akan di adakan pada hari Sabtu, 2 September 2017

Pendaftaran dibuka sekarang
Satu bahagian lembu = RM700 (termasuk kos pengurusan)

Hubungi

Pengarah Program (Hj Mohd Saleh – 019 266 3159)

Setiausaha (Hj Aryadi – 019 276 2112)

Bendahari ( Hj Abd Manan – 019 358 9309)

Tarikh Akhir berserta Pembayaran: 15/08/2017 atau penyertaan penuh.

Akaun Bank Islam – 12207010001131 (Surau Nur As-Sobirin)

Borang boleh didapati di sini -> https://drive.google.com/drive/folders/0Bwp1l_YMK31vTmM5eDRJNEhMbjQ?usp=sharing

 

Berapa banyak bilangan Terawih ni? Ustaz Lutfi berkongsi cerita

Bilangan solat terawih mengikut zaman dan tempat:

1) Zaman Rasulullah-8 rakaat
2) Zaman Sayyidina Umar-20 rakaat
3) Zaman Sayyidina Uthman-30 rakaat
4) Zaman Imam Malik-36 rakaat
5) Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz-38 rakaat
6) Al Aswad Ibn Yazid – 42 rakaat 7 witir
7) Penduduk Madinah – 36 rakaat 3 witir
8) Di Malaysia-20 rakaat, witir 3 rakaat
9) Darul Mustofa, Yaman-100 rakaat.
10) Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Kata Habib Musa Kazim as-Seggaf: Ibn Hibban menyebut, Rasulullah saw berterawih dengan 20 rakaat. Dari 13 tahun hijrah sampai sekarang berterawih 20 rakaat. Zaman Abu Bakar, Umar, Uthman & Ali pun 20 rakaat. Jangan mengatakan terawih 20 rakaat itu bidaah.

Rasulullah memang buat 8 rakaat di masjid bersama sahabat, tapi Rasulullah sambung sembahyang buat di rumah pula sorang-sorang supaya tidak menjadikan satu kewajipan akan bilangan rakaat yg 8 tersebut..oleh kerana itulah baginda menyambung bilangan rakaat di rumahnya…

Bilangan berapa rakaatkah solat tarawih perlu dibuat?
Maka ini sepatutnya tidak perlu menjadi satu perselisihan dan perbalahan pendapat…kerana Allah jadikan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadanya..
Barangsiapa berbuat lebih bilangan rakaat maka bertambahlah pahalanya..

Kuliah Maghrib Khas – Sya’ban dan Ramadhan (Ustaz Jafri Abu Bakar Al-Mahmudi)

Ceramah khas / Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Jafri Abu Bakar Al-Mahmudi di Surau Nur As-Sobirin pada 09 May 2017
Kuliah Maghrib Khas – Sya’ban dan Ramadhan (part 1)
https://youtu.be/kyuTQ26M5bE

Kuliah Maghrib Khas – Sya’ban dan Ramadhan (part 2)
https://youtu.be/sNuF7_WWuqw

Kuliah Maghrib Khas – Sya’ban dan Ramadhan (part 3)
https://youtu.be/8p6HKb57e2Y

Kuliah Maghrib Khas – Sya’ban dan Ramadhan (part 4)
https://youtu.be/St6eLKCNswA

Diizinkan sebar.

AJK SNAS 2017

Kuliah Dhuha Perdana – Allah Ada Tiada Gawat

Alhamdulillah, pada 30 April yang lepas, Surau Nur As-Sobirin telah menganjurkan kuliah dhuha perdana yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Bersama ini ialah link kepada video ceramah yang disampaikan beliau.

  1. Part 1 – https://www.youtube.com/watch?v=vCkeCK_g15M
  2. Part 2 – https://www.youtube.com/watch?v=hiXyeCsqpOs
  3. Part 3 – https://www.youtube.com/watch?v=vCkeCK_g15M
  4. Part 4 – https://www.youtube.com/watch?v=v78N0S0NKzY

Sila share.

p/s: Maaf jika ada bahagian terputus kerana kerja amatur 🙂

Jadual Kuliah Maghrib dan Subuh Bulan May 2017

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir meriahkan majlis ilmu.

Tadarrus Al-Quran Ramadhan 1438H / 2017 – Untuk Muslimah

Salam Semua Warga Kariah Surau Nur As-Sobirin,

InsyaAllah, pada bulan ramadhan ini, pihak AJK Muslimat akan meneruskan tradisi tadarrus Al-Quran seperti biasa. Program yang dirancang adalah seperti berikut:
Tarikh: Setiap hari Isnin hingga Jumaat (bermula dari 28 May 2017)
Waktu : 8.30pagi – 11.30 pagi (tiada kekangan waktu pada yang perlu pulang awal atau datang lewat dari jadual)
Tempat: Ruang Solat Muslimah, Surau Nur As-Sobirin
Cara : Terbahagi kepada beberapa kumpulan (mengikut keadaan)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn Hjh Roslina Omar (+60 12-223 8717)

Marilah bersama-sama meriahkan ramadhan dengan amalan sebanyaknya.