Utama > Aktiviti Surau As-Sobirin, Kuliah, Kuliah Subuh, Tazkirah > Kuliah Subuh – Al Halal Wal Haram Fil Islam

Kuliah Subuh – Al Halal Wal Haram Fil Islam

Kuliah Subuh
Penceramah: Ustaz Zahiruddin
Tempat: Surau Nur As-Sobirin, BTP
Tarikh: 1 Mac 2020
Tajuk: Al Halal wal haram fil Islam

Mukadimah

  • Kritikan Dr Yusof Al-Qardawi & Al Qarah Daghi terhadap kerancuan produk tamadun, sejarah, budaya dan pemikiran beragama (di alam melayu)
  • Kecelaruan dalam perkara ghaib dalam masyarakat melayu

Intipati Kuliah

  • Allah jelaskan

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

“Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan” -Surah Ali-Imran: Ayat 109

  • Tunaikan ibadah wajib tetapi bercampur aduk dengan kepercayaan kepada jin (pakai tangkal, cincin ajaib, jampi…) – adat tradisi kaum melayu dan nusantara yang masih ada sehingga kini. Sesuatu yang sepatutnya ditinggalkan
  • Bab Memerangi Tahyul dan Khurafat – Antara perkara tahyul/khurafat ialah:
    • Membenarkan dakwaan bomoh adalah kufur
      • Antara alasan digunakan – bomoh asbab kepada kesembuhan dan Allah yang menyembuhkan sedangkan ketika perubatan, bomoh amalkan ayat pujaan pada makhluk lain.
    • Menilik nasib
    • Sihir
    • Memakai tangkal
    • Sial (rasa malang)
  • Contoh amalan khurafat: Mula dengan nama Allah dan selawat tetapi diselangi dengan jampi serapah
  • Jin & Iblis adalah makhluk halus yang juga tidak tahu perkara ghaib. Dalil ialah berkaitan kisah Nabi Sulaiman a.s wafat, dimana tidak diketahui oleh Jin yang bekerja hingga tongkat Nabi Sulaiman a.s dimakan anai2 dan jenazah baginda terjatuh.
  • Mengesakan Allah ialah intipati akidah umat islam dan roh seluruh agama islam
  • Dosa berkaitan akidah boleh bawa ke syirik/kufur dan akan tetaplah berada dineraka
  • Orang sesat belum tentu kafir tapi orang kafir adalah sesat

Buku – Kebodohan Asli Melayu Tua – perkara mistik dan pelik dalam masyarakat melayu

– Antara perkara mistik:

  1. Mandi limau
  2. Mandi bunga
  • Yakin dengan melaksanakan mandi, ada kuasa ghaib yang membantu untuk benda tertentu seperti mendapatkan jodoh, etc.

Video Kuliah 1

  1.  Bahagian 1
  2. Bahagian 2

 

* Admin tidak bertanggungjawap andai ada masyarakat yang tersinggung dengan bicara didalam video ini. Sesungguhnya ia hanya sebahagian dari perkongsian ilmu dan pendapat peribadi.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen