Tapak Kekal Surau As-Sobirin
Tapak kekal yang telah diluluskan oleh MPS & pemaju BTP terletak di Lot PT.20045 ,Jalan 3/15, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Ianya sebuah kawasan lapang yang di ‘reserve’ oleh pihak pemaju untuk tujuan pembangunan komuniti setempat. Terletak berhampiran dengan padang permainan kanak-kanak di Jalan 3/15 dan berdekatan dengan sub stesen TNB di Jalan 3/16. Lokasi ini amat strategik kerana terletak di tengah-tengah diantara kawasan perumahan Blok2 & Blok 3, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.


