Sejarah Pembangunan Surau Nur As-Sobirin
Sebuah unit rumah teres 2 tingkat yang terletak di Jalan 3/18 telah diberi pinjam oleh pihak pemaju untuk dijadikan Surau sementara pada tahun 2004-2005. Gambar surau sementara pertama As-Sobirin blok 2, Bandar Tasik Puteri.
Pada tahun 2006, pihak pemaju telah memindahkan surau sementara ke Jalan 3/19 sehingga sekarang [ Akhir Mac 2010]. Unit pinjaman ini akan dijual pada bila-bila masa. Gambar surau sementara kedua As-Sobirin blok 2, Bandar Tasik Puteri.
Kemaskini 28/05/2010:
Dengan pertolongan Allah SWT dan bantuan semua penderma dan petugas kami telah berpindah ke surau yang baru dibina menjelang April 2010… Alhamdulillah. Gambar surau tetap As-Sobirin blok 2 dan 3, Bandar Tasik Puteri.
Kemaskini 27/4/11:
Surau yang siap dibina di namakan Surau Nur As-Sobirin bersempena dengan permuafatan para penduduk di blok 2 dan blok 3 untuk menggabung kedua-dua surau sementara iaitu Surau An-Nur (blok 3) dan Surau As-Sobirin (blok 2) seterusnya melancarkan dana pembinaan sehinggalah siapnya kemudahan rumah Allah tersebut pada hari ini.



