PROFILE SURAU(“MUSOLLA”) AS-SOBIRIN
LATAR BELAKANG
Surau As-Sobirin terletak di kawasan Blok 2, Bandar Tasik Puteri Rawang. Surau ini telah mula diwujudkan pada tahun 2004 hasil musyawarah dan persepakatan penduduk-penduduk kawasan Blok 2 Bandar Tasik Puteri yang telah mendapatkan ehsan daripada pihak pemaju untuk meminjamkan sebuah unit rumah teres dua tingkat yang masih belum terjual berukuran 22’ x 40’ bagi dijadikan surau sementara. Surau As-Sobirin telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 30 Ogos, 2006 (No.Ruj.: (2).dlm.JAI.Sel.BPM.01/035/178. Surau ini hanya mampu menampung seramai 40 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Bagi menampung jemaah yang semakin meningkat, 2 unit kanopi telah digunakan sebagai ruang tambahan. Pada tahun 2007 surau ini telah diarahkan berpindah oleh pemaju ke unit kosong yang lain kerana unit asal surau tersebut telah dijual. Lebih membimbangkan lagi pada awal tahun 2008, pihak pemaju telah memaklumkan bahawa unit yang digunakan sekarang ini adalah di antara unit akhir yang akan terjual pada bila-bila masa.
MAKLUMAT QARYAH
Apabila siap kelak, lingkungan qaryah surau As-Sobirin ini adalah meliputi Kawasan Blok 2 dan juga Kawasan Blok 3, Bandar Tasik Puteri yang terdiri daripada 900 unit rumah yang meliputi jenis teres dua tingkat, semi-D, banglow setingkat dan juga banglow dua tingkat. Jumlah penduduk bagi kawasan qaryah ini dianggarkan 2,700 orang. Pada masa kini kira-kira 540 keluarga (20%) telah berpindah ke kawasan ini. Jumlah penduduk semasa dianggarkan berjumlah 1,620 orang. Daripada jumlah tersebut 96% penduduk adalah beragama Islam, 2% beragama Hindu dan 1% beragama Buddha, 1% beragama Kristian. Majoriti daripada penduduk berumur 30 – 50 tahun.
MAKLUMAT PEMBINAAN
oLokasi : Lot PT 20045, Jalan 3/15, Blok 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor
oKapisiti : 500 jemaah
oKemudahan :-
üDewan Solat
üKelas Fardu Ain / Mengaji Al-Quraan
üBilik Pengurusan Jenazah
üBilik Imam
üBilik Bilal
üDapur / Pantry
üTandas & Tempat Wuduk
üBilik Utiliti & Stor
üRuang Aktiviti Luar (Korban dll)
oKos Pembinaan : RM 600,000.00 (anggaran semasa tahun 2008 )
oJangkaan Siap : Disember 2009 (tertakluk kepada kewangan )
oSumber Pembiayaan :-
üSumbangan Penduduk Blok 2 & Blok 3
üSumbangan Masyarakat Luar
üSumbangan Geran Kerajaan (Agensi Berkaitan)
ü
ü
JUSTIFIKASI KEPERLUAN SURAU KEKAL
oSurau sementara ini akan diambil semula oleh pemaju pada bila-bila masa memandangkan ia merupakan unit terakhir yang belum terjual dan tiada lagi unit kosong lain yang boleh diguna pakai sebagai ganti.
oSurau sedia ada hanya dapat menampung 40 jemaah sedangkan jumlah jemaah semakin meningkat dari hari ke hari kerana kadar perpindahan masuk penduduk adalah tinggi memandangkan semua rumah telah pun siap dibina dan telah menerima sijil layak menduduki.
oLokasi surau sedia ada yang kurang sesuai kerana ia terletak di barisan rumah teres yang sedikit sebanyak akan turut menganggu ketenteraman penduduk beragama lain.
oSaiz surau yang amat kecil juga telah menghadkan pelaksanaan aktiviti kariah, terutama dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan keseluruhan penduduk seperti solat tarawikh, solat hari raya dan sambutan-sambutan bulan kebesaran Islam yang lain.
oSelain berfungsi sebagai rumah ibadah, surau ini kelak akan berperanan sebagai dewan masyarakat Islam bermuzakarah tentang isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
oSurau ini juga akan menempatkan kelas-kelas fardu ain dan kelas-kelas mengaji Al-Quran untuk penduduk..
oSurau ini juga akan menyediakan kemudahan pengurusan jenazah. Pada masa kini penduduk kawasan ini terpaksa menggunakan kemudahan pengurusan jenazah di surau-surau lain yang berhampiran dan proses pengurusan jenazah sedia ada adalah merumitkan.
oSeluruh penduduk Islam di kawasan ini menaruh harapan yang tinggi terhadap kejayaan pembinaan surau ini dan telah menzahirkan komitmen masing-masing dengan membuat sumbangan bulanan untuk menampung kos pembinaan surau ini kelak.
JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN
Penasihat :
Dato’ Hj. Ahmad Salleh Sarif (012-2332220)
Pengerusi :
Tn. Hj. Abdul Mokhti Salleh (012-2062175)
Timbalan Pengerusi :
Tn. Hj. Mohd. Fathur Rahman Kasdiran (019-6415350)
Setiausaha :
En. Norazam Hj. Mamat Nor (012-2900224)
Bendahari :
En. Aryadi @Mohamed Makpol (019-2762112)
Pengerusi JK Dana :
En. Khalid Adnan (017-2685226)
Ahli Jawatankuasa :-
Dato’ Hj. Shaaban Muksan : 019-3532506
En. Mohd. Yusdee Yusoff : 019-3384460
En. Mas’ud Iksan : 012-2817246
En. Rosham Kadiman Samsuddin : 013-3503262
En. Hairulallias Shaari : 019-3621416
En. Noor Asmadi Hussain : 019-3848116
En. M. Rani Dali Samsuddin : 012-2089808
Ustaz Mohd. Ismail Mahmood : 013-9261868
En. Murat Shahrin : 012-6672342
En. Zainuddin Mohamad : 019-2246799
Tg. Roslan Tg. Endut : 019-3873820
En. Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh : 019-6066018
En. Mohd. Ashri Ismail : 013-3339010
En. Suhaini Misnan : 019-2604368
En. Mohd. Isam Azli Adnan : 019-2482531
En. Abd. Latif Yaakob : 019-3922736
En. Mohd. Raffie Mohd. Abdullah : 013-3969428
En. Ahmad Shukri Kassim : 012-6666694
En. Mohd. Redzwan Salleh : 012-9776459)
En. Mohd. Haizald Bin Abd. Hamid : 016-3307790
KAEDAH SUMBANGAN
Sebarang bentuk sumbangan / wakaf sama ada dalam bentuk barangan, perkhidmatan atau kewangan adalah amat kami alu-alukan.
Sumbangan kewangan boleh dibuat secara Tunai / Cek atas nama ‘TABUNG PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN’ , no akaun) 1416-0000085-105 (Bank CIMB / Cawangan TTDI-KL )
vRujukan JAIS & MAIS (Kebenaran Mengutip Derma):
(99).dlm.JAI.Sel.BPM/01/44/GOMBAK
(36).dlm.JAI.Sel.BPM/01/44/GOMBAK/Jld 1
(27) MAIS/KP/BPM/03-4/002/12-3 Jld 2
Rujukan LHDN (Pengecualian Cukai) : xxxxxxxxxxxxxxxx(dalam proses)
PERTANYAAN & SURAT MENYURAT
v
v
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus dengan menghubungi mana-mana AJK Pembinaan.
Alamat Surat Menyurat :-
Sekretariat Pembinaan Surau As-Sobirin
No. 12-12A, Jalan 7A/2,Medan Puteri
Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.
Tel : +603-6034 3262 Fax : +603-6034 4262
Weblog: http://nursobirin.wordpress.com/
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah: 261)
