September 15, 2008 by Setiausaha TPSAS
Semua ahli qaryah Surau As-Sobirin dijemput hadir Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai yang akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
Majlis Berbuka Puasa secara POT LUCK.
Masa : 6:30pm – 7:45pm
Hari/Tarikh: Rabu 17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2
=================================================================
Bersempena hari kebesaran dalam Islam di bulan Ramdahan ini, satu Ceramah berkaitan dengannya akan diadakan di Surau As-Sobirin seperti berikut:-
Ceramah Nuzul Quran
Masa : 9: 30pm -10:30pm(selepas solat sunat terwaih & witir)
Hari/Tarikh: Rabu 17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2
Marilah kita datang beramai-ramai mengimarahkan aktiviti yang dijalankan di surau lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadhan yang telah sampai ke pertengahan.
Posted in Aktiviti Surau As-Sobirin | Leave a Comment »
August 30, 2008 by Setiausaha TPSAS
Assalamualaikum w.t.w.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Isnin 01 September,2008 bersamaan dengan 01 Ramadhan 1429H. Pihak AJK Induk Surau As-Sobirin dan juga AJK Pembinaan Surau As-Sobirin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.
Untuk makluman ahli qaryah Surau As-Sobirin dan para dermawan sekelian, jumlah kutipan bagi Dana Pembinaan Surau As-Sobirin setakat 29hb Ogos,2008 berjumlah RM36,000.00 (Jun-Ogos 2008). Adalah diharapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, akan lebih ramai lagi para dermawan yang akan meyumbangkan dana bagi mencapai sasaran awal RM50K bagi AJK Pembinaan Surau As-Sobirin membuka tender serta melantik kontraktor untuk memulakan kerja-kerja pecah tanah serta pembinaan surau baru pada Januari 2009.
Insyallah, statistik kutipan dana secara terperinci mengikut bulan akan dikeluarkan oleh Bendahari sikit hari lagi. Harap bersabar.
SELAMAT HARI MERDERKA & SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
Dilampirkan jadual berbuka puasa, borang sumbangan & jadual imam/bilal bertugas untuk Ramadhan 1429H.
jadual-berbuka-puasa-ramadhan-2008_11
borang-sumbangan-ramadhan-1429h1
jadual-bertugas-imam-bilal-pada-ramadhan-1429h-surau-as-sobirin
Tags: Ramadhan Al Mubarak
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
August 26, 2008 by Setiausaha TPSAS
Assalamualaikum.
Sempena kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak, satu gotong royong untuk
membersih & mengemaskan kawasan Surau As-Sobirin akan diadakan pada:-
Tarikh : 30 Ogos 2008
Hari : Sabtu
Waktu : 8:00 pagi
Sekian, terima kasih.
Idris Bin Ramli
Setiausaha Surau As-Sobirin
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
August 20, 2008 by Setiausaha TPSAS
Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas (15hb Ogos,2008), antara pukul 10pm hingga 12:30pagi telah dilakukan kerja-kerja menggantungkan ‘bunting’ di beberapa lokasi strategik disekitar kawasan perumahan Blok 2 & Blok 3. Disamping itu, ‘bunting-bunting’ tersebut juga telah digantung di beberapa kawasan strategik di sekitar Bandar Tasik Puteri. Besarlah harapan kami AJK Pembinaan Surau As-Sobirin, agar ramai para dermawan yang ternampak dan bermurah hati untuk menyalurkan derma berupa dana kewangan bagi tujuan pembinaan surau yang dirancang.
Sempena kedatangan bulan Ramdhan yang bakal menjelma tidak beberapa hari lagi, mudah-mudahan sasaran awal untuk mendapatkan dana asas bagi memulakan projek pembinaan surau pada awal tahun 2009 dapat dilaksanakan seperti yang dirancang..insyallah.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
August 12, 2008 by Bendahari TPSAS
Alhamdulillah dengan kerjasama para dermawan, kutipan daripada para penduduk tempatan blok 2 dan 3 telah bermula sejak Jun 2008 yang lalu. Mesyuarat telah menetapkan sumbangan RM500 untuk setiap sebuah rumah sama ada pembayaran sekali gus atau bulanan RM50.
Nampaknya semakin ramai yang mula menderma untuk pembinaan surau tersebut setelah 3 bulan berlalu. Adalah diharapkan para penduduk bukan sahaja menghulurkan sumbangan peribadi malahan turut memanjangkan kutipan derma kepada sahabat handai, kenalan dan keluarga. Sila berhubung dengan mana-mana AJK Pembinaan Surau As-Sobirin atau Bendahari untuk tujuan tersebut. Resit wakaf dan surat permohonan derma korporat beserta borang jawapan/sumbangan juga disediakan.
Akaun berakhir Julai 2008 jumlah dana terkumpul adalah sebanyak RM25 ribu. Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun CIMB ( 1416-0000085-105 ). Sila maklumkan kepada bendahari (saya) untuk mendapatkan resit rasmi sumbangan. Resit rasmi dikeluarkan oleh pihak surau dengan kebenaran/dicop oleh pihak JAIS.
Setiap ringgit sumbangan kita untuk membina rumah Allah merupakan saham akhirat kita dan hasilnya nanti digandakan berpuluh malahan beratus kali oleh Allah SWT.. InsyaAllah.
Aryadi.Mohd
Bendahari TPSAS
+6019-276-2112
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
August 9, 2008 by Setiausaha TPSAS
Jabatan Agama Islam Sleangor (JAIS) dengan kerjasama Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) telah mengadakan kursus untuk Imam pada:-
Tarikh: 18-20 Ogos,2008 (Isnin – Rabu)
Masa Pendaftaran : 11am- 1pm ( 18 Ogos,2008 )
Tempat: Institut Latihan dan Dakwah Selangor
Sungai Lang, Parit Baru, Sabak Bernam , Selangor
Kursus Imam yang dianjurkan oleh JAIS & ILDAS pada kali ini telah dihadiri oleh peserta-peserta berikut:-
1. En. Sujor B. Jeyo (Blok 2)
2. Hj. Khairuddin B. Mahmood (Blok 3)
3. Hj. Mohd Saad B. Rejab (Blok 3)
Mudah-mudahan dengan kehadiran imam-imam kita menghadiri kursus imam yang dianjurkan oleh pihak JAIS & ILDAS, maka kita tidak akan ketandusan imam-imam yang berwibawa bagi memimpin jemaah qaryah Surau kita. Insyallah.
Tags: Kursus Imam
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 28, 2008 by Setiausaha TPSAS
Sempena menyambut salah satu hari kebesaran dalam Islam- Isra’ Mikraj yang jatuh pada hari Rabu 30hb Julai,2008 (bersamaan 27 Rejab 1429H), satu majlis Ceramah bersempena dengan itu akan diadakan pada hari dan waktu seperti berikut:-
Hari : Sabtu malam Ahad
Tarikh: 02 hb Ogos,2008 (bersamaan 01 Syaaban 1429H)
Masa : Bermula selepas solat Maghrib (8:00mlm- 9:30mlm)
Venue: Surau As-Sobirin, No 13, Jalan 3/19, Blok 2 Fasa 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,Selangor
Ceramah akan disampaikan oleh YBhg Ustaz Zulkefli Bin Salleh Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Biodata Ringkas Penceramah Jemputan :-
Ustaz Zulkefli Bin Salleh
- Belajar di Universiti Ummul Qura’ Mekah selama 6 ½ tahun
- Berkhidmat dengan MAIWP (2002 – 2006)
- Berkhidmat dengan JAKIM; bertugas di Masjid Negara sebagai Imam (Jawatan: Pen. Peng. Protokol Dan Kebajikan)
Berikut adalah program dan aturcara majlis yang telah dirancangkan: -
6:45pm - Ketibaan para Jemaah dan Jemputan
7:30pm - Solat Maghrib
7:50pm - Majlis Tahlil (Almarhum Ayahanda kepada Cikgu Asmadi; No. 23, Jalan 3/10)
8:10pm - Ceramah Isra’ & Mikraj
9:40pm - Solat Isya’
10:00pm - Jamuan Ringan (secara Pot Luck)
Adalah diharapkan semua ahli qariah dapat bersama-sama mengimarahkan, memakmurkan dan meramaikan majlis yang akan diadakan di Surau As-Sobirin.
Jamuan secara POT LUCK. Pihak surau akan menyediakan minuman & jamuan ringan. Jemaah dialu-alukan untuk membawa serba sedikit makanan dr rumah masing2.
Beberapa gambar semasa Majlis Ceramah Isra’ Mikraj di Surau As-Sobirin, Blok 2 Bandar Tasik Puteri , Rawang, Selangor.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 27, 2008 by Setiausaha TPSAS

Pada hari Sabtu malam Ahad 26hb Julai,2008 bermula dari pada waktu Maghrib, ahli jemaah qaryah Surau As-Sobirin telah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Dan diikuti selepas itu, tazkirah ringkas oleh Tuan Pengerusi Surau As-Sobirin YBhg Ustaz Tn.Hj.Mohd Fathur Rahman Bin Kasdiran selama 15 minit. Selepas itu jemaah telah bersama-sama membaca surah Yassin , tahlil dan doa selamat.
Solat sunat hajat telah dibuat secara berjemaah memohon kehadrat Ilahi agar memudahkan urusan dan hasrat qaryah Surau As-Sobirin untuk membina surau baru ditapak kekal yang dijangka mula dibina pada awal tahun 2009 dan dijangka siap Disember 2009. Buat masa ini, AJK Dana Pembinaan Surau As-Sobirin sedang berkerja keras mengumpulkan dana permulaan bagi membuka tender seterusnya melantik kontraktor serta melancarkan kerja pecah tanah bagi memulakan kerja-kerja pembinaan Surau yang diimpikan. Mudahan2an hasrat dan hajat ahli qaryah surau as-sobirin akan dimakbulkan Allah hendaknya..Amin. Pihak AJK Surau As-Sobirin bercadang membuat aktiviti membaca Yassin dan solat hajat ini secara tetap setiap bulan (sebulan sekali-sekurang2nya_..insyallah.
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
July 27, 2008 by Setiausaha TPSAS

null
Pada hujung minggu 26 & 27 Julai,2008 (Sabtu & Ahad) telah diadakan Majlis Gotong Royong membersihkan surau dan memasang khemah baru(menggantikan kanvas lama yang telah usang dan uzur dengan kanvas biru yang baru dan cantik). Kerja-kerja gotong royong telah dijalankan dengan semangat ukhwah dan muhibbah diantara ahli qayrah surau as-sobirin blok 2, BTP. Terima kasih kepada semua ahli jemaah dan qaryah Blok 2 yang telah hadir dan bekerjasama membersihkan luar dan dalam kawasan surau, memasang kanvas khemah baru, memasang lampu , kipas untuk khemah, memesin rumput disekitar kawasan tanah surau, membersih/mencuci luar dan dalaman surau. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas masa, usaha dan tenaga yang tuan-tuan curahkan kepada rumah ALLAH ini.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 11, 2008 by Setiausaha TPSAS
Assalamualaikum,
Please be informed that we could be contacted by the following ways:-
1. ordinary snail mail at:
Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin,
No.12A-2A, Jalan 7A/2,
Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,
Selangor, Malaysia.
2. e-mail: surau.as.sobirin@gmail.com
3. phone: +603-60343262
4. fax : +603-6034 4262
5. weblog: http://nursobirin.wordpress.com
Tags: Mendermalah untuk saham di akhirat
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 11, 2008 by Setiausaha TPSAS
Assalamualaikum,
Please be informed that donations can be made via cash, cheque or bank in directly into account number 1416-0000085-105 of CIMB Bank Berhad (CIMB TTDI-KL branch), Malaysia under the name of “Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin”.
Tags: Add new tag, Bersama Membina Rumah Allah
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 9, 2008 by Setiausaha TPSAS
Assalamualaikum & a very good day to all,
This weblog is ceated solely for the purposes of introducing our Surau Nur Sobirin which is yet to be build. We are looking for funds (sedekah) from all muslims to materialise our plans to build the mosque (surau).
We, the people of Block 2 and 3 of Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor in Malaysia currently are using a terrace house as our temporary surau.
Our plans has been approved by the relevant authority i.e Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) and our local council Majlis Perbandaran Selayang (MPS) has also given us the green lights to proceed with the construction of the surau.
The major stumbling blocks is that we are still short of funds to launch the construction.
Therefore, we appeal to all the muslims around the world to donate (sedekah) to enable us to complete the construction of the surau.
Thank you very much.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
July 9, 2008 by Setiausaha TPSAS
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »