Sempena menyambut salah satu hari kebesaran dalam Islam- Isra’ Mikraj yang jatuh pada hari Rabu 30hb Julai,2008 (bersamaan 27 Rejab 1429H), satu majlis Ceramah bersempena dengan itu akan diadakan pada hari dan waktu seperti berikut:-
Hari : Sabtu malam Ahad
Tarikh: 02 hb Ogos,2008 (bersamaan 01 Syaaban 1429H)
Masa : Bermula selepas solat Maghrib (8:00mlm- 9:30mlm)
Venue: Surau As-Sobirin, No 13, Jalan 3/19, Blok 2 Fasa 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,Selangor
Ceramah akan disampaikan oleh YBhg Ustaz Zulkefli Bin Salleh Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Biodata Ringkas Penceramah Jemputan :-
Ustaz Zulkefli Bin Salleh
- Belajar di Universiti Ummul Qura’ Mekah selama 6 ½ tahun
- Berkhidmat dengan MAIWP (2002 – 2006)
- Berkhidmat dengan JAKIM; bertugas di Masjid Negara sebagai Imam (Jawatan: Pen. Peng. Protokol Dan Kebajikan)
Berikut adalah program dan aturcara majlis yang telah dirancangkan: -
6:45pm - Ketibaan para Jemaah dan Jemputan
7:30pm - Solat Maghrib
7:50pm - Majlis Tahlil (Almarhum Ayahanda kepada Cikgu Asmadi; No. 23, Jalan 3/10)
8:10pm - Ceramah Isra’ & Mikraj
9:40pm - Solat Isya’
10:00pm - Jamuan Ringan (secara Pot Luck)
Adalah diharapkan semua ahli qariah dapat bersama-sama mengimarahkan, memakmurkan dan meramaikan majlis yang akan diadakan di Surau As-Sobirin.
Jamuan secara POT LUCK. Pihak surau akan menyediakan minuman & jamuan ringan. Jemaah dialu-alukan untuk membawa serba sedikit makanan dr rumah masing2.
Beberapa gambar semasa Majlis Ceramah Isra’ Mikraj di Surau As-Sobirin, Blok 2 Bandar Tasik Puteri , Rawang, Selangor.