
Alhamdulillah pembinaan fasa kedua telah dimulakan sejak hampir sebulan yang lalu. Dalam pada itu aktiviti surau juga berjalan dengan baik seperti solat berjemaah, pengajian mingguan dan lain-lainnya. Adalah diharapkan pembinaan fasa ini dapat disiapkan sebelum kedatangan Ramadan al-Mubarak nanti. Tahun-tahun sebelumnya kedatangan jemaah ke surau meningkat dengan amat baik di bulan Ramadan dengan dipenuhi program pengisian rohani. Di tahun-tahun sebelum ini semasa di surau sementara solat sunat tarawikh diadakan di dalam kemah yang disediakan. InsyaAllah tahun ini kita berpeluang beribadah di rumah Allah yang lebih selesa.
Dalam pada itu pihak surau masih mengalu-alukan sumbangan untuk menyempurnakan pembinaan dan membeli kelengkapan surau yang diperlukan.
Assalamualaikum wtw
Alhamdulillah, dengan berkat doa tuan/puan para dermawan dan dengan izin ALLAH, kerja-kerja fizikal pembinaan surau fasa pertama telah dimulakan pada awal bulan September 2009. Dibawah ini disertakan ‘link’ untuk melihat gambar-gambar kemajuan projek pembinaan surau ini. Insyallah dengan izin ALLAH, pembinaan fasa pertama (ruang solat utama) akan dapat disiapkan dalam bulan December 2009.
Sila klik Progres Pembinaan Surau As-Sobirin – 121009
Sila Klik Progres Pembinaan Surau As-Sobirin – 120909
Sila Klik Progres Pembinaan Surau As-Sobirin- 030909
Semoga dengan kerancakan pembinaan surau baru ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk para dermawan terus menyumbangkan derma. Hanya ALLAH sahaja yang dapat memberi ganjaran diatas amal jariah yang para dermawan hulurkan. Saya bagi pihak AJK Pembinaan Surau mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan. Teruskan menghulurkan sumbangan tuan/puan agar kerja-kerja pembinaan surau baru ini tidak terbantut atau tergendala disebabkan kekurangan dana. Insyalah.
Wassalam
Setiausaha TPSAS
Ahad 23Ogos,2009 pukul 8:30am- 11:30am
Lokasi: Tapak Pembinaan Surau
Untuk makluman ahli qaryah Surau As-Sobirin Bandar Tasik Puteri,Rawang & para dermawan amnya.
Satu majlis bacaan Yassin dan memohon DOA kepada Allah telah dibuat selepas solat subuh agar usaha kerja-kerja pembinaan Surau kekal mendapat keberkatan dan dimudahkan segala urusan pembinaannya.
Kerja-kerja pembinaan fasa pertama telah bermula hari ini. Memancang tanda atau ‘setting out footing’ telah siap dibuat bermula pukul 8:30am hingga lebih kurang pukul 11:30am oleh AJK Teknikal kita Tg.Roslan & pembantu, En.Rosham & En.Zainuddin. Beberapa orang AJK Pembinaan dan penduduk ahli qaryah telah hadir menyaksikan kerja-kerja memancang tanda ini ‘setting out footing’.
Difahamkan , pancang-pancang tanda ini adalah tempat yang akan didirikan tiang-tiang bagi Dewan Solat Utama (fasa pertama). Dilampirkan beberapa keping photo semasa aktiviti pagi tadi. Kerja-kerja mengorek tanah serta menaikkan tiang, insyallah akan dimulakan pada hari Selasa 25Ogos,2009 (4 Ramdhan 1430H)


Pada hari Isnin 16hb Mac, 2009, kerja-kerja pemasangan pagar tinggi atau pagar penghadang ‘hoarding’ disekeliling tanah tapak Surau telah dimulakan. Ianya selesai siap dipasang lebih kurang 1 minggu. Kawasan tapak pembinaan ini akan dikunci bagi tujuan keselamatan.
Majlis pecah tanah dijangka akan dapat diadakan pada bulan pertengahan May 2009. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sebaik saja majlis pecah tanah dilangsung…insyallah.
Setiausaha Pembinaan
Azam
11 April,2009

Dimaklumkan bahawa pada hari Isnin 23hb Februari 2009 pukul 1.00 tengahari, beberapa orang Pegawai dari MAIS Jabatan Mufti -Bahagian Falak yang diketuai oleh Ustaz Hafiz telah berada di tapak pembinaan Surau As-Sobirin bagi kerja-kerja penetapan serta pengesahan arah qiblat surau baru.
AJK Teknikal Pembinaan Surau As-Sobirin, Saudara Rosham dan Jurukur yang dilantik turut berada ditapak pembinaan surau bagi melakukan kerja-kerja penetapan arah kordinat bagi menetap kan arah qiblat. Setelah ditetapkan , ianya akan disahkan oleh Pegawai MAIS yang akan hadir.
. Satu sijil pengesahan dari MAIS akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini 27Februari 2009.




Mackintosh Probe
Pada 15/10/2008 telah dijalankan ujian Mackintosh probe di tapak cadangan pembinaan Surau As-Sobirin. Ujian Machintosh Probe adalah untuk mengenal pasti struktur dan kekuatan lapisan bawah tanah. Ini ada bagi mengoptimumkan rekabentuk asas binaan (foundation). Alat machintosh ini terdiri daripada spring steel rod berdiameter 12.7 mm, kon dan penukul. Panjang setiap batang besi adalah 1.22m dan disambung diantara satu sama lain menggunakan screw couplings. Sebiji kon besi yang keras bersaiz 25.44mm diameter dan bersudut 60o darjah disambung di bahagian hujung batang besi yang paling bawah. Penukul tersebut seberat 4.5kg. Kon dan batang besi tadi akan dipacu dan dihentam menggunakan penukul tadi. Untuk menembusi tanah sedalam setiap 305mm. Bilangan hentaman penukul tadi bagi menembusi 305mm lapisan tanah akan digunakan untuk mengukur daya tahan dan kekuatan struktur lapisan tanah.