Archive for the ‘Aktiviti Surau As-Sobirin’ Category

Majlis Jamuan Aidil-Fitri Surau As-Sobirin

October 29, 2009

Bersempena dengan kehadiran bulan Syawal setelah sebulan melalui ’sekolah’ Ramadan dan mengambil keberkatan daripadanya pihak surau telah menganjurkan Majlis Jamuan Aidil-Fitri Surau As-Sobirin bagi mengeratkan hubungan silatur-rahim dikalangan penduduk Bandar Tasik Puteri di kawasan Blok 2 dan 3 terutamanya bertempat di surau sementara As-Sobirin pada 18/10/09 selepas waktu Zuhur. Program yang diatur telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah acara gotong royong memasak  lemang pada malam sebelum hari majlis, memasak nasi briyani dan rendang dan juadah lain. Selain itu diadakan gotong royong bagi membersihkan surau, penyediaan khemah dan pengurusan majlis.

Alhamdulillah ramai dikalangan ahli kariah yang datang ke majlis jamuan tersebut dengan membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama dan majlis berjalan dengan mesra dan meriah.

Mewakili pihak Jawatan Kuasa surau kami ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih dengan penglibatan semua ahli kariah dan semoga surau kita akan terus berperanan sebagai pusat ibadah dan kemasyarakatan selain memupuk perpaduan di kalangan penduduk. Mudah-mudahan kita akan sentiasa hidup dengan keamanan dan dirahmati Allah SWT.

Gambar sekitar program majlis jamuan tersebut.

Salam Aidil Fitri

October 1, 2009

KAD-RAYA

Bersempena dengan sambutan Aidil Fitri kami AJK Pembinaan Surau As-Sobirin mengucapkan Salam Aidil Fitri dan memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan dari segi pengurusan pihak kami.

Sedikit berita terkini, pembangunan binaan kini sedang giat dijalankan bermula di Ramadan yang lalu dan InsyaAllah akan lebih rancak sekiranya dana mencukupi. Melihat kepada status dana terkini  dan kos keseluruhan dijangka mencecah RM600 ribu, pembinaan dilakukan secara 2 fasa dimana kira2 sehingga RM300 dijangka akan dibelanjakan bagi menyiapkan fasa 1 (dewan sembahyang) . Apabila siap fasa 1 surau ini jemaah sudah boleh berpindah dan menggunakan kemudahan tersebut. Walaubagaimana pun pihak kami masih memerlukan RM150 ribu bagi menyiapkan fasa 1. (Gambar2 akan dimuat naik pada berita akan datang)

Oleh itu kami menjemput para dermawan untuk membuat amal jariah yang berterusan walaupun dengan sumbangan yang sedikit untuk menyiapkan surau tersebut.  Akaun bank di CIMB: 1416-0000085-105 (Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin).

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

daripada:

Bendahari TPSAS

b/p AJK Pembinaan Surau As-Sobirin

Salam Ramadan dan Dana Semasa Tabung Pembinaan

August 22, 2009

Salam Ramadan kepada semua muslimin dan muslimat,

Alhamdulillah kita dikurniakan umur yang panjang sehingga  sekali lagi berpeluang untuk bertemu dengan bulan ibadah yang dipenuhi dengan keberkatan dan digandakan segala amalan. Semoga dengan itu kita semua merebut peluang tersebut dengan memperbaiki tahap ibadah kita berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti berpuasa dengan mengutamakan kesempurnaan, mengerjakan solat2 sunat dan mengunjungi rumah-rumah Allah dan memperbanyakkan amal jariahseperti sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

Status terkini dana tabung pembinaan kita mempunyai baki terkumpul sebanyak RM128 ribu. Walau masih jauh dari target yang sasarkan, melalui mensyuarat AJK baru-baru, kerja-kerja pembinaan struktur asas InsyaAllah akan dimulakan di bulan yang dimuliakan ini. Justeru itu sempena bulan yg penuh barakah ini segeralah kita sekali lagi menyumbang harta dan wang ringgit untuk pembinaan rumah Allah ini. Mudah-mudahan amalan kita diberi ganjaran yang berlipat ganda dan menempatkan kita dikalangan hamba-hambaNya yang diredhai. Amin.

Status terkini dana pembinaan surau Ogos 09

Status Dana Pembinaan Surau – April 2009

April 21, 2009
Status Dana April 2009

Status Dana April 2009

Assalamualaikum w.b.k,

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan kepada pembinaan ‘Rumah Allah’ di kawasan kami. Semoga Allah SWT memberkati rezeki Tuan Puan dan memurahkan rezeki lebih lagi. Kami pihak juga mengalukan sekiranya Tuan Puan sudi memanjangkan maklumat ini kepada saudara mara dan rakan taulan. Selain itu sumbangan pihak korporat juga amat diperlukan.

Status dana setakat ini setelah ditolak perbelanjaan kerja-kerja awal projek adalah sebanyak RM95,767.

Sekian, wassalam.

mohd.aryadi@gmail.com

(bendahari TPSAS)

Berita dari Surau As-Sobirin 18 April,2009

April 18, 2009

p41800341Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya, kursus teori & praktikal pengurusan jenazah yang dianjur oleh Surau As-Sobirin telah berjalan dengan lancar. Kursus buat julung kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk dan ahli qaryah taman perumahan Blok 2 & Blok 3 Bandar Tasik Puteri, Rawang,Selangor.

Kursus 1/2 hari ini dari pukul 9 pagi dan berakhir pada 12.30 t/hari telah dikendalikan oleh Ustaz Mutaali dari SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor dan Ustazah Kamariah dari KAFA, Kuang, Selangor.

Kebanyakan para peserta merupakan kali pertama hadir ke kursus seumpama ini. Apa yang membanggakan ramai yang hadir dikalangan muda mudi serta anak-anak remaja yang sangat teruja dengan kursus ini.  Dengan sambutan yang amat menggalakkan ini, kursus seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa sebagai persediaan dan peringatan untuk kita semua yang mana semua yang HIDUP PASTI AKAN MATI.

p4180001

Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2009

April 12, 2009

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak AJK Surau As-Sobirin akan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2009 yang akan dikendalikan oleh Ustaz Mutaali.

Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)

Waktu : 9:00 pagi

Lokasi : Surau As-Sobirin (No. 13, Jalan 3/19, Blok 2, BTP)

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh berhubung dengan saya di talian 019-3889132.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Sekian, Wassalam.

Yang menjalankan amanah,

Setiausaha Surau As-Sobirin

Idris Bin Ramli 019-3889132

Kuliah Nuzul al-Qur’an dan Status Tabung Pembinaan

September 18, 2008

Assalamualaikum w.b.k,

Alhamdulillah pada hari ini umat Islam di Malaysia dan di Tasik Puteri khususnya telah 17 hari melaksanakan ibadah puasa dan lain-lainnya di bulan Ramadhan yang dimuliakan ini. Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa yang mengizinkan kita berjumpa Ramadhan di tahun ini, tahun hadapan belum tahu lagi.

Setiap malam kita bertarawikh di masjid-masjid dan di surau-surau diikuti dengan bertadarus al-Qur’an. Alhamdulillah dengan adanya surau sementara dan khemah yang diusahakan, kita para penduduk di kawasan blok 2 dan 3 Tasik Puteri dapat menunaikan ibadah tersebut walaupun dalam keadaan yang agak sederhana dari segi infrastruktur.

Malam semalam kita sempat menyambut Nuzul al-Qur’an dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama di surau dengan diikuti solah tarawikh dan program kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd. Fathur Rahman Kasdiran yang merupa antara penggerak utama kariah kami.

Makanan memang banyak kerana kami membawa juadah masing-masing untuk berbuka puasa sehinggakan selepas tarawikh pun makanan masih berlebihan. Walaubagaimana pun yang lebih itu dibungkus untuk dibawa pulang dan diedarkan kepada jemaah yang sudi.  

Ramadhan kali ini memang meriah walaupun surau sementara kami memang kecil saiznya dan solat tarawikh pun diadakan di dalam khemah. Ruang solat dalam bangunan surau digunakan untuk jemaah muslimat. Lepas terawih sebahagian jemaah sambung pula dengan program tadarus al-Qur’an. Adalah dalam 5-14 orang bergantung kepada kelapangan individu. 

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Bandar Tasik Puteri menyambut Ramadhan dengan masjid baru. Ada juga sebilangan ahli kariah yang solat tarawikh di masjid yang jauh lebih selesa tetapi sebahagian besarnya menunaikan ibadah di surau ini sahaja. Selain lebih dekat dengan rumah ( masjid 5 km ) ia dapat merapatkan ukhuwwah di kalangan masyarakat kejiranan.

Bersempena dengan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ini, bersama-samalah kita memperbanyakkan dan mengikhlaskan amal ibadah kita yang ganjarannya berlipat ganda di bulan ini. Untuk sedekah dan amal jariah Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin sentiasa mengalu-alukan sumbangan Tuan Puan yang jasanya hanya Allah yang mampu membalasnya. Untuk pengetahuan semua jumlah kutipan setakat ini lebih kurang RM43 ribu ringgit. Pihak kami juga mengalu-alukan Tuan Puan untuk membantu meng-war-war bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada kenalan dan saudara mara. Sila hubungi mana-mana AJK sepertimana yang tertera di blog ini.

 

Sekian. Salam Ramadhan,

aryadi.mohd@yahoo.com 

bendahari TPSAS

18 Ramadhan 1429H

Majlis Berbuka Puasa & Ceramah Nuzul Quran: 17 Ramadhan 1429H

September 15, 2008

Semua ahli qaryah Surau As-Sobirin dijemput hadir Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai yang akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
 
    Majlis Berbuka Puasa secara POT LUCK.
    Masa : 6:30pm – 7:45pm
    Hari/Tarikh:  Rabu  17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
    Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2

=================================================================

Bersempena hari kebesaran dalam Islam di bulan Ramdahan ini, satu Ceramah berkaitan dengannya akan diadakan di Surau As-Sobirin seperti berikut:-

     Ceramah Nuzul Quran
     Masa : 9: 30pm -10:30pm(selepas solat sunat terwaih & witir)
     Hari/Tarikh:  Rabu  17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
     Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2

Marilah kita datang beramai-ramai mengimarahkan aktiviti yang dijalankan di surau lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadhan yang telah sampai ke pertengahan.