About Us
Surau Nur As-Sobirin dibina dan terletak di Blok 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Nama rasmi surau masih lagi Surau As-Sobirin dengan No. Pendaftaran JAIS: (2) dlm.JAI.Sel.BPM/01/035/178).
Mesyuarat penduduk blok 2 dan blok 3 telah sebulat suara menamakan surau ini dengan Surau Nur As-Sobirin bersempena dengan penggabungan 2 surau sementara di blok 2 (As-Sobirin) dan blok 3 (An-Nur), dan seterusnya melancarkan kutipan dana bagi tujuan pembinaan surau tersebut.
Sejarahnya, laman sesawang Surau As-Sobirin diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat secara terus kepada orang awam dan para dermawan selengkap mungkin berkaitan Surau As-Sobirin. Surau yang dibina ini adalah sebuah surau baru kekal gabungan antara penduduk Blok 2 & Blok 3 Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Mulai April 2011 laman ini secara rasminya memuatkan kandungan dari pentadbiran AJK semasa Surau.Tabung Pembinaan juga masih dibuka walaupun pembinaan struktur surau hampir siap bagi menampung perbelanjaan penyenggaraan dikemudian hari.

Assalamualaikum,
Ingin maklimkan kepada modoretor suara as-sobirin laman web suarau al-furqan blok 28 GVP seperti berikut http://suraualfurqan.blogspot.com
Terima kasih
AJK Surau Al-Furqan
waalakumsalam.
Noted. Terima kasih tuan.
Moderator Web Blog Surau Nur As Sobirin
Cadangan:
1. Senarai AJK
2. Apa jua surat, pendaftaran (cth: khairat kematian) di letak jua didalam ini
3. Permudahkan pendaftaran, surat menggunakan online
4. Ruang soal-jawap (dan dijawap oleh ustaz) seta ruang chatting
5. Kemaskini serta lebih well-organized
6. Ruang video, mp3, etc ceramah, etc
Salam, Terima kasih atas cadangan Saudara. InsyaAllah lebih maklumat akan dimuatkan dalam laman ini. Senarai AJK telah dimuat naik pada 27/4/11.
boleh tak sertakan no.hp setiap ahli AJK surau, untuk mudah di hubungi. terimakasih.
Terima kasih kepada Puan yang memberikan cadangan. Cadangan akan dipertimbangkan. Dalam pada itu senarai AJK, no tel dan alamat ada dipaparkan di papan kenyataan Surau Nur As-Sobirin di sebelah hadapan koridor kiri surau.