Archive for April, 2009

Status Dana Pembinaan Surau – April 2009

April 21, 2009
Status Dana April 2009

Status Dana April 2009

Assalamualaikum w.b.k,

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan kepada pembinaan ‘Rumah Allah’ di kawasan kami. Semoga Allah SWT memberkati rezeki Tuan Puan dan memurahkan rezeki lebih lagi. Kami pihak juga mengalukan sekiranya Tuan Puan sudi memanjangkan maklumat ini kepada saudara mara dan rakan taulan. Selain itu sumbangan pihak korporat juga amat diperlukan.

Status dana setakat ini setelah ditolak perbelanjaan kerja-kerja awal projek adalah sebanyak RM95,767.

Sekian, wassalam.

mohd.aryadi@gmail.com

(bendahari TPSAS)

Berita dari Surau As-Sobirin 18 April,2009

April 18, 2009

p41800341Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya, kursus teori & praktikal pengurusan jenazah yang dianjur oleh Surau As-Sobirin telah berjalan dengan lancar. Kursus buat julung kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk dan ahli qaryah taman perumahan Blok 2 & Blok 3 Bandar Tasik Puteri, Rawang,Selangor.

Kursus 1/2 hari ini dari pukul 9 pagi dan berakhir pada 12.30 t/hari telah dikendalikan oleh Ustaz Mutaali dari SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor dan Ustazah Kamariah dari KAFA, Kuang, Selangor.

Kebanyakan para peserta merupakan kali pertama hadir ke kursus seumpama ini. Apa yang membanggakan ramai yang hadir dikalangan muda mudi serta anak-anak remaja yang sangat teruja dengan kursus ini.  Dengan sambutan yang amat menggalakkan ini, kursus seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa sebagai persediaan dan peringatan untuk kita semua yang mana semua yang HIDUP PASTI AKAN MATI.

p4180001

Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2009

April 12, 2009

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak AJK Surau As-Sobirin akan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2009 yang akan dikendalikan oleh Ustaz Mutaali.

Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)

Waktu : 9:00 pagi

Lokasi : Surau As-Sobirin (No. 13, Jalan 3/19, Blok 2, BTP)

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh berhubung dengan saya di talian 019-3889132.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Sekian, Wassalam.

Yang menjalankan amanah,

Setiausaha Surau As-Sobirin

Idris Bin Ramli 019-3889132

Pemasangan pagar penghadang ‘Hoarding’ di tapak Surau As-Sobirin

April 11, 2009

p3210199

p3210205

Pada hari Isnin 16hb Mac, 2009, kerja-kerja pemasangan pagar tinggi atau pagar penghadang ‘hoarding’ disekeliling tanah tapak Surau telah dimulakan.  Ianya selesai siap dipasang lebih kurang 1 minggu.  Kawasan tapak pembinaan ini akan dikunci bagi tujuan keselamatan.  

Majlis pecah tanah dijangka akan dapat diadakan pada bulan pertengahan May 2009.  Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sebaik saja majlis pecah tanah dilangsung…insyallah.

Setiausaha Pembinaan

Azam

11 April,2009