Archive for February, 2009

Status kewangan terkini – Februari 2009

February 25, 2009

Assalamualaikum dan semuga semua pelawat laman ini dan para dermawan sekalian sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat.

Sedikit perkembangan kurang sihat sekitar kawasan kami baru-baru ni:

  • isu beberapa buah rumah dipecah masuk dan menyebabkan kerugian menampakkan kegiatan semakin serius
  • setakat ini belum dapat dipastikan dan ditangkap penjenayah yang terlibat

Perkembangan yang baik pula, pihak surau buat pertama kali telah berjaya mengadakan program tajaan beberapa penduduk seperti kenduri kesyukuran disertai tazkirah, solat hajat dengan sedikit kelainan. Penaja menaja wang sumbangan untuk majlis jamuan makan yang mana juadah makanan dimasak secara gotong royong di kawasan surau oleh ahli qariah dan wang selebihnya dimasukkan ke akaun surau. Program tersebut mendapat sambuatan sangat baik diwaktu penyediaan dan diwaktu malam,  juga adalah menjadi harapan agar dapat diteruskan dan dijadikan program berkala untuk lebih  mengeratkan silatur-rahim antara penduduk-penduduk.

Untuk status terkini Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin pula, bersyukur Alhamdulillah berkat usaha, doa dan pengorbanan wang ringgit Tuan-Puan kutipan telah meningkat ke RM 101,178.75.  Semoga niat ikhlas kita semua untuk menyempurnakan niat membina “Rumah Allah” akan terlaksana dengan sempurna. Teruskan usaha Tuan-Puan.. membantu usaha kami.

0901mohd.aryadi

(bendahari TPSAS)

Majlis Penetapan & Pengesahan Arah Qiblat Surau As-Sobirin

February 22, 2009

23022009007

Dimaklumkan bahawa pada hari Isnin 23hb Februari 2009 pukul 1.00 tengahari, beberapa orang Pegawai dari MAIS Jabatan Mufti -Bahagian Falak yang diketuai oleh Ustaz Hafiz telah berada di tapak pembinaan Surau As-Sobirin bagi kerja-kerja penetapan serta pengesahan arah qiblat surau baru. 

AJK Teknikal Pembinaan Surau As-Sobirin, Saudara Rosham dan Jurukur yang dilantik turut berada ditapak pembinaan surau bagi melakukan kerja-kerja penetapan arah kordinat bagi menetap kan arah qiblat.  Setelah ditetapkan , ianya akan disahkan oleh Pegawai MAIS yang akan hadir.  

. Satu sijil pengesahan dari MAIS akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini 27Februari 2009.

23022009008230220090061