Assalamualaikum.. Pertamanya belum terlalu lewat lewat untuk mengucapkan salam tahun baru hijrah 1430H dan tahun masihi 2009. Semoga perpindahan tahun ini membawa kita ke era yang lebih baik dan maju dari segi kehidupan dunia dan akhirat.
Sedikit perkembangan dari kemaskini yang lalu.. Baru-ini pihak surau telah mengadakan sambutan Maal Hijrah 1430 dengan mengadakan majlis ceramah oleh penceramah jemputan bagi pengisian rohani dan menyuntik semangat selain dari program ukhuwwah “Memasak Bubur Asyura” beramai2.
Dalam minggu ini juga pihak surau telah selamat menguruskan jenazah anak kepada seorang penduduk dan kariah surau yang meninggal dunia sebaik dilahirkan. Alhamdulillah.. dan terima kasih kepada sahabat2 yang menghidupkan aktiviti dan program kemasyarakatan di kawasan kita. Takziah juga kepada sahabat kita yang kematian anaknya dan hadapilah dengan kesabaran kerana semuanya itu ada hikmah disebaliknya.
Perkembangan Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin pula setakat ini jumlah dana adalah sebanyak RM84,945.50. Adalah diharapkan lebih ramai lagi dan sahabat2 dapat menambah sumbangan sebagai pelaburan kita untuk akhirat. InsyaAllah sumbangan tuan-puan juga akan menyumbang kepada kekuatan umat Islam di masa hadapan terutamanya di kawasan kita/kami.
Sumbangan boleh didepositkan terus ke akaun CIMB: 1416-0000085-105. Sila maklumkan kepada pihak kami bagi tujuan resit rasmi.

-
wassalam,
mohd.aryadi
(bendahari TPSAS)