Archive for September, 2008

Kuliah Nuzul al-Qur’an dan Status Tabung Pembinaan

September 18, 2008

Assalamualaikum w.b.k,

Alhamdulillah pada hari ini umat Islam di Malaysia dan di Tasik Puteri khususnya telah 17 hari melaksanakan ibadah puasa dan lain-lainnya di bulan Ramadhan yang dimuliakan ini. Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa yang mengizinkan kita berjumpa Ramadhan di tahun ini, tahun hadapan belum tahu lagi.

Setiap malam kita bertarawikh di masjid-masjid dan di surau-surau diikuti dengan bertadarus al-Qur’an. Alhamdulillah dengan adanya surau sementara dan khemah yang diusahakan, kita para penduduk di kawasan blok 2 dan 3 Tasik Puteri dapat menunaikan ibadah tersebut walaupun dalam keadaan yang agak sederhana dari segi infrastruktur.

Malam semalam kita sempat menyambut Nuzul al-Qur’an dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama di surau dengan diikuti solah tarawikh dan program kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd. Fathur Rahman Kasdiran yang merupa antara penggerak utama kariah kami.

Makanan memang banyak kerana kami membawa juadah masing-masing untuk berbuka puasa sehinggakan selepas tarawikh pun makanan masih berlebihan. Walaubagaimana pun yang lebih itu dibungkus untuk dibawa pulang dan diedarkan kepada jemaah yang sudi.  

Ramadhan kali ini memang meriah walaupun surau sementara kami memang kecil saiznya dan solat tarawikh pun diadakan di dalam khemah. Ruang solat dalam bangunan surau digunakan untuk jemaah muslimat. Lepas terawih sebahagian jemaah sambung pula dengan program tadarus al-Qur’an. Adalah dalam 5-14 orang bergantung kepada kelapangan individu. 

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Bandar Tasik Puteri menyambut Ramadhan dengan masjid baru. Ada juga sebilangan ahli kariah yang solat tarawikh di masjid yang jauh lebih selesa tetapi sebahagian besarnya menunaikan ibadah di surau ini sahaja. Selain lebih dekat dengan rumah ( masjid 5 km ) ia dapat merapatkan ukhuwwah di kalangan masyarakat kejiranan.

Bersempena dengan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ini, bersama-samalah kita memperbanyakkan dan mengikhlaskan amal ibadah kita yang ganjarannya berlipat ganda di bulan ini. Untuk sedekah dan amal jariah Tabung Pembinaan Surau As-Sobirin sentiasa mengalu-alukan sumbangan Tuan Puan yang jasanya hanya Allah yang mampu membalasnya. Untuk pengetahuan semua jumlah kutipan setakat ini lebih kurang RM43 ribu ringgit. Pihak kami juga mengalu-alukan Tuan Puan untuk membantu meng-war-war bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada kenalan dan saudara mara. Sila hubungi mana-mana AJK sepertimana yang tertera di blog ini.

 

Sekian. Salam Ramadhan,

aryadi.mohd@yahoo.com 

bendahari TPSAS

18 Ramadhan 1429H

Majlis Berbuka Puasa & Ceramah Nuzul Quran: 17 Ramadhan 1429H

September 15, 2008

Semua ahli qaryah Surau As-Sobirin dijemput hadir Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai yang akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-
 
    Majlis Berbuka Puasa secara POT LUCK.
    Masa : 6:30pm – 7:45pm
    Hari/Tarikh:  Rabu  17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
    Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2

=================================================================

Bersempena hari kebesaran dalam Islam di bulan Ramdahan ini, satu Ceramah berkaitan dengannya akan diadakan di Surau As-Sobirin seperti berikut:-

     Ceramah Nuzul Quran
     Masa : 9: 30pm -10:30pm(selepas solat sunat terwaih & witir)
     Hari/Tarikh:  Rabu  17hb September,2008 bersamaan 17 Ramadhan 1429H
     Tempat: Surau As-Sobirin No 13, Jalan 3/19 BTP2

Marilah kita datang beramai-ramai mengimarahkan aktiviti yang dijalankan di surau lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadhan yang telah sampai ke pertengahan.