Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas (15hb Ogos,2008), antara pukul 10pm hingga 12:30pagi telah dilakukan kerja-kerja menggantungkan ‘bunting’ di beberapa lokasi strategik disekitar kawasan perumahan Blok 2 & Blok 3. Disamping itu, ‘bunting-bunting’ tersebut juga telah digantung di beberapa kawasan strategik di sekitar Bandar Tasik Puteri. Besarlah harapan kami AJK Pembinaan Surau As-Sobirin, agar ramai para dermawan yang ternampak dan bermurah hati untuk menyalurkan derma berupa dana kewangan bagi tujuan pembinaan surau yang dirancang.
Sempena kedatangan bulan Ramdhan yang bakal menjelma tidak beberapa hari lagi, mudah-mudahan sasaran awal untuk mendapatkan dana asas bagi memulakan projek pembinaan surau pada awal tahun 2009 dapat dilaksanakan seperti yang dirancang..insyallah.






