Alhamdulillah dengan kerjasama para dermawan, kutipan daripada para penduduk tempatan blok 2 dan 3 telah bermula sejak Jun 2008 yang lalu. Mesyuarat telah menetapkan sumbangan RM500 untuk setiap sebuah rumah sama ada pembayaran sekali gus atau bulanan RM50.
Nampaknya semakin ramai yang mula menderma untuk pembinaan surau tersebut setelah 3 bulan berlalu. Adalah diharapkan para penduduk bukan sahaja menghulurkan sumbangan peribadi malahan turut memanjangkan kutipan derma kepada sahabat handai, kenalan dan keluarga. Sila berhubung dengan mana-mana AJK Pembinaan Surau As-SobirinĀ atau Bendahari untuk tujuan tersebut. Resit wakaf dan surat permohonan derma korporat beserta borang jawapan/sumbangan juga disediakan.
Akaun berakhir Julai 2008 jumlah dana terkumpul adalah sebanyak RM25 ribu. Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun CIMB ( 1416-0000085-105 ). Sila maklumkan kepada bendahari (saya) untuk mendapatkan resit rasmi sumbangan. Resit rasmi dikeluarkan oleh pihak surau dengan kebenaran/dicop oleh pihak JAIS.
Setiap ringgit sumbangan kita untuk membina rumah Allah merupakan saham akhirat kita dan hasilnya nanti digandakan berpuluh malahan beratus kali oleh Allah SWT.. InsyaAllah.
Aryadi.Mohd
Bendahari TPSAS
+6019-276-2112