Assalamualaikum w.t.w.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Isnin 01 September,2008 bersamaan dengan 01 Ramadhan 1429H. Pihak AJK Induk Surau As-Sobirin dan juga AJK Pembinaan Surau As-Sobirin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.
Untuk makluman ahli qaryah Surau As-Sobirin dan para dermawan sekelian, jumlah kutipan bagi Dana Pembinaan Surau As-Sobirin setakat 29hb Ogos,2008 berjumlah RM36,000.00 (Jun-Ogos 2008). Adalah diharapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, akan lebih ramai lagi para dermawan yang akan meyumbangkan dana bagi mencapai sasaran awal RM50K bagi AJK Pembinaan Surau As-Sobirin membuka tender serta melantik kontraktor untuk memulakan kerja-kerja pecah tanah serta pembinaan surau baru pada Januari 2009.
Insyallah, statistik kutipan dana secara terperinci mengikut bulan akan dikeluarkan oleh Bendahari sikit hari lagi. Harap bersabar.
SELAMAT HARI MERDERKA & SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
Dilampirkan jadual berbuka puasa, borang sumbangan & jadual imam/bilal bertugas untuk Ramadhan 1429H.
jadual-berbuka-puasa-ramadhan-2008_11
borang-sumbangan-ramadhan-1429h1
jadual-bertugas-imam-bilal-pada-ramadhan-1429h-surau-as-sobirin






