Rumah > Aktiviti Surau As-Sobirin > Ceramah Isra’ Mikraj 02hb Ogos,2008

Ceramah Isra’ Mikraj 02hb Ogos,2008

Sempena menyambut salah satu hari kebesaran dalam Islam- Isra’ Mikraj yang jatuh pada hari Rabu 30hb Julai,2008 (bersamaan 27 Rejab 1429H), satu majlis Ceramah bersempena dengan itu akan diadakan pada hari dan waktu seperti berikut:-

Hari : Sabtu malam Ahad

Tarikh: 02 hb Ogos,2008 (bersamaan 01 Syaaban 1429H)

Masa : Bermula selepas solat Maghrib  (8:00mlm- 9:30mlm)

Venue: Surau As-Sobirin, No 13, Jalan 3/19, Blok 2 Fasa 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,Selangor

Ceramah akan disampaikan oleh YBhg Ustaz Zulkefli Bin Salleh Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Biodata Ringkas Penceramah Jemputan :-

Ustaz Zulkefli Bin Salleh

  1. Belajar di Universiti Ummul Qura’ Mekah selama 6 ½ tahun
  2. Berkhidmat dengan MAIWP (2002 – 2006)
  3. Berkhidmat dengan JAKIM; bertugas di Masjid Negara sebagai Imam (Jawatan: Pen. Peng. Protokol Dan Kebajikan)

Berikut adalah program dan aturcara majlis yang telah dirancangkan: -

6:45pm -       Ketibaan para Jemaah dan Jemputan

7:30pm -       Solat Maghrib

7:50pm -       Majlis Tahlil (Almarhum Ayahanda kepada Cikgu Asmadi; No. 23, Jalan 3/10)

8:10pm -       Ceramah Isra’ & Mikraj

9:40pm -       Solat Isya’

10:00pm -     Jamuan Ringan (secara Pot Luck)

Adalah diharapkan semua ahli qariah dapat bersama-sama mengimarahkan, memakmurkan dan meramaikan majlis yang akan diadakan di Surau As-Sobirin.

Jamuan secara POT LUCK. Pihak surau akan menyediakan minuman & jamuan ringan.  Jemaah dialu-alukan untuk membawa serba sedikit makanan dr rumah masing2.

Beberapa gambar semasa Majlis Ceramah Isra’ Mikraj di Surau As-Sobirin, Blok 2 Bandar Tasik Puteri , Rawang, Selangor.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.